Wednesday, August 7, 2013

Ukirlah Cinta Pada Hatiku

 Ukirlah Cinta Pada Hatiku




Tuesday, May 14, 2013

Add Fb Saya

AIDIL RYIZAL

Cinta Aku Ke? [ Teaser ]

"hah, nak kemana pulak tu? dah malam dah ni. kenapa nak keluar pulak? dah tak nampak ke jam tu?,sindir Puan Hani apabila dia terpandang figura anak perempuannya didalam bilik seperti sedang memilih pakaian. dahinya berkerut seketika. tanganya yang sedari tadi menatang sebuah dulang berisikan air milo yang panas diletakkan diatas meja kecil bersebelahan birai katil.

Puan Hani melabuhkan punggung. terbuntang matanya apabila melihat longgokkan baju-baju yang terdampar diatas katil dan dilantai. dia menggeleng kepala sekilas.
Habis sepah bilik! dia menfokuskan pandangan pada anak daranya yang hanya memakai bathrobe dengan kepala dilitupi dengan tuala.

Suasana diam mula menerpa masuk dalam bilik itu. lama juga anaknya berjeda sambil mengurut dagu, seakan-akan memikirkan sesuatu. kelihatan anaknya khusyuk sungguh berfikir sambil menutup rapat kelopak mata. sekali lagi, Puan Hani menggelengkan kepala sambil tangannya ditepuk beberapa kali.

"Lea Nellisa! Mama tanya kamu ni, nak kemana? tak tau ke dah malam ni! hah, ni kenapa baju-baju bersepah-sepah ni? dah jadi bukit dah mama tengok.",bebel Puan Hani sambil jari telunjuknya dihalakan pada longgokan baju. apa punya jenis anak daralah! Lea,Lea.. fikirnya dibenak.

Lea yang sedari tadi memejam rapat matanya, terkejut, lalu dicelik luas luas matanya.
dia mengalihkan pandangan pada mamanya yang sedang berpeluk tubuh diatas katil. Dia tersengih, menayangkan barisan gigi putihnya. dia menggaru-garu kelapa yang tidak gatal. lidahnya kelu seketika. hanya senyuman sumbing menghiasi wajahnya.

Lea ketawa kecil. malu sekejap dengan mamanya. Puan Hani menundukkan wajahnya sambil mengeluh perlahan. " Lea nak kemana? Dengan siapa?kalau nak keluar dengan kawan Lea tu tak payah. mama tak izinkan. malam-malam ni bahaya, tahu tak? macam-macam boleh jadi", soal Puan Hani dengan nada sedikit tegas. bukan dia tidak tahu, sudah banyak kes-kes yang terjadi. kes-kes yang melibatkan gadis remaja merupakan kes yang paling mendapat banyak liputan media massa dan banyyak terpampang didada-dada akhbar. kes anak gadis dirogol lalu dibunuh, anak gadis diculik. anak gadis dijadikan pelacur. Nauzubillah min' zalik!

seketika, dia mengurut dadanya, sambil memandang anak perempuannya sekilas. Lea berkerut dahi, hairan dengan perlakuan mamanya. pelik aje?

"Kenapa mama? mama pening ke?",soal Lea sambil menglabuhkan duduk diatas katil.

"Tak de apa-apa. mama okey je. ni mama nak tanya, kenapa Lea sibuk sangat cari pakaian sambil habis baju berterabur atas lantai, Lea nak keluar dengan kawan Lea ke?", soal Puan Hani lembut.

"oh, pasal tu rupanya. mama buat Lea terkejut tau tak. petang tadi, Lea pergi rumah ibu...", tidak sempat dia berbicara, pantas Puan Hani mengajukan pertanyaan.

"Kenapa Lea pergi rumah ibu?"

Pecah ketawa Lea. "Mama, mama... tak sempat Lea nak kasi tahu, mama dah potong, macam ni, malam semalam, ibu telefon Lea, dia cakap yang abang Rayfal dah balik dari outstation, dia suruhlah Lea datang rumah, katanya nak buat suprise. Eh! Kejap. ibu ada kasi tahu Lea, yang dia ada call mama, tapi mama tak angkat, sebab tu ibu call Lea je.", panjang lebar Lea bertutur.

"Patutlah, mama ikut papa kamu pergi rumah kawan papa semalam. phone mama pulak bateri habis. habis tu? ibu cakap apa lagi?",soal Puan Hani, kala itu Lea sudah bangun mencapai sepasang baju blous lengan panjang berona merah hati dengan tangan kirinya mencapai tudung yang disangkut pada hanger.

"Hah, ibu cakap, dia nak ajak mama buat majlis kesyukuran. hah, lupa nak kasi tahu, ibu suruh mama pergi rumah dia besok. katanya ada nak bincang dengan mama", ulas Lea ringkas. dia sudah siap memakai baju. laju kakinya menapak dihadapan cermin. senyuman terukir, setelah berpuas hati dengan penampilannya.

"ni kenapa kamu pakai cantik ni? nak keuar dengan siapa? mama tanya dari tadi, langsung Lea tak jawab.",ujar Puan Hani berbaur sindiran. dia sudah tidak betah lagi.

"abang Rayfal ajak Lea keluar dengan dia", jawab Lea selamba. dia tidak malu untuk bercakap demikain dihapadan ibunya. lalu, Puan Hani tersenyum, sudah mengerti dengan jawapan anaknya.

"Oh, tunang ajak dating... takpe, takpe, mama izinkan. tapi kamu kena ingat, korang berdua bukan halal lagi! masih ada batas lagi tahu?", Puan Hani memperingatkan.

"yelah mama. Lea tahu. dah la mama, Lea rasa abang Rayfal dah sampai dah kut. Lea pergi dulu ye.", balas Lea sambil menyalam tangan mamanya.

"Assalamualaikum!", terdengar laungan salam diberi dari bawah, Lea bingkas cepat-cepat turun tangga. tas tangan yang sedondon warnanya dicapai.

"Waalaikummusalam! ye!", jawab Lea, sesudah tiba. tangannya mencapai dedaun pintu yang terbungkam luas.

"Abang Rayfal!"

"Eh, Lea!"

Rayfal tersenyum manis. gembira bukan kepalang dia melihat tunangnya. selalunya, hanya melalui telefon sahaja. Dia menilik seketika penampilan Lea. alahai... comelnya.. nak aje aku peluk! Ya ALLAH, yang paling aku rindu , pipi gebu dia! nak aje gigit!

Rayfal ketawa , menampakkan lesung pipit disebelah pipi kanannya. Lea yang sedari tadi terpaku sebentar. Subhanallah. Dia kelu sebentar. hanya mata yang ligat memandang insan yang bertakhta dihatinya.

"Eh? kenapa Lea ni? rindu abang sampai tak tercakap? ahah! abang tahu, Lea mesti melting kan abang pakai baju sama dengan Lea? tak payah tengok-tengok, abang tahu, abang handsome.", ujar Rayfal sedikit ketawa.

Lea yang tadi berjeda terus terasa bahang yang mengalir diwajahnya. pipi gebunya berona merah. malu seketika, apabila kantoi memandang tunangnya.

"Alah, salah ke nak usha my fiance sendiri?", sedikit teruja, Lea membalas. rasa malu yang tadi menguasai diri sudah hilang sepi. buat apa nak malu. tunang aku kan?

Lalu, Lea mula membuka langkah ke kereta. Dia menilik seketika kereta. wah....
Lea terpaku seketika. tangannya mengusap lembut kereta Honda Accord berona perak itu.

"ehem. dah lah ayang tinggal abang macam tu saja, jalan tak tarik tangan abang pun. lagi satu, seronok ke dok usap-usap kereta abang? tak nak usap tuan kereta ke?",usik Rayfal sambil melangkah ke arah kereta.

Lea terpempan. pantas tangannya disorok kebelakang. dia memandang tepat pada Rayfal. lelaki itu hanya tersenyum. aduh... cair hati aku nanti!

"Abang! cepat lah buka kereta ni. Lea dah lenguh lah berdiri!", sedikit manja Lea berkata. masam sahaja wajahnya.

Rayfal ketawa, sambil menekan punat hijau butang keretanya. Lea tersenyum manja. tangannya yang sudah mahu menarik pintu kereta itu dihalang pantas oleh Rayfal. Lea terasa pergelangan tangannya dipegang lembut.

"Apa? Abang ni, Lea nak masuk lah."

"Wait for a second. cakap dulu ayang sayang abang, ayang rindu abang. baru abang kasi masuk!" ujar Rayfal dengan nada keras tetapi lembut. tubuh Lea dihimpit dengan kedua-dua belah tangannya.

Lea terasa seolah-olah dirinya sedang dihimpit semakin dekat. dirinya terdorong kebelakang dan akhirnya berhenti apabila badannya tersandar pada pintu kereta yang tertutup rapat.

Rayfal tersenyum melihat gelagat Lea yang ingin meloloskan diri. dia menyimpan tawa dalam hati. baru usik sikit dah gelabah. cuba kalau aku buat gila, cium pipi dia? Lea, Lea..

Lea merasakan debaran didadanya berdegup laju. kala itu, dia terasa irama debaran yang kian berdegup kencang. dia menundukkan kepala, memandang kebawah. segan dan malu mula menguasai diri. isk! biiar betul tunang aku ni! rindu kat aku sampai macam tu sekali?

Rayfal mendekatkan wajahnya dengan wajah polos milik tunangnya. hanya beberapa inci sahaja sebelum hidung mereka berlaga. Lea terasa desahan nafas tunangnya semakin dekat dengannya itu semakin berdebar sakan. alamak....

"Ayang, look at me. please. please. takkan tak sudi tengok muka abang ni? nermm?", Lea terpempan, terasa hatinya sedikit lembut, selepas terdengar sapaan tunangnya. Lembutnya suara itu menyapa dirinya yang kian dilanda gelora.

dengan perlahan-lahan. dia menangkat wajahnya, memandang tepat wajah Rayfal yang hanya begitu hampir dengannya.

senyuman perlahan-lahan terukir dibibirnya. "su..sudi", jawab Lea ringkas. mata tepat memandang bebola mata coklat hazel milik tunangnya.

Rayfal tersenyum senang. "kalau sudi, ayang cakap lah"

Lea menarik nafas panjang. Rayfal sedikit menundukkan wajahnya, lucu melihat gelagat tunangnya. kalut betul!

"Lea Nellisa sayyyyyaaangggg sangat sangat sangat dekat Syed Danny Rayfal. Lea Nellisa rinnnnnnnnnddddddduu sangat sangat sangat Syed Danny Rayfal", senafas, Lea bertutur, sebelum dia menundukkan wajahnya. malu wei!

Rayfal tersenyum. pecah ketawanya melihat gelagat tunangnya.

"apa? Lea cinta abang eh?" Rayfal ketawa kecil.